Thursday, 2 October 2014

Segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku!

 http://www.kufazuke.com/2014/09/segmen-kufazuke-show-ini-adalah-aku.html
klik banner

tamat 6/10/2014

eda dah follow blog

 Jika anda punyai sejuta ringgit, apakah anda akan buat dengan duit tersebut?
woww..sejuta ringgit tu..sejujurnye yer..sejuta ringgit tu eda nak bahagikan sorang sikit untuk ahli keluarga eda., lepas tu nak simpan sikit untuk pergi bawak mak ayah buat haji..and the last baru pikir nak simpan duit kahwin..kikiki..macam reality je apa yang eda pikir ni..sebab sebelum ni pun memang eda ada terpikir pun ..macam tau-tau je..

 Apakah anda akan buat apabila dalam keadaan stress atau sedih?
eda banyak kali mengalami situasi stress or sedih..kalau eda stress eda akan berfikir dahulu tarikh nafas dalam2..eda akan berkata pada diri eda..semua masalah ada penyelesaiannyer..bila eda berfikir begitu, eda akan kembali bertenang dan melakukan sesuatu dengan baik.itu cume situasi dekat tempat kerja la..huhu..kalau eda sedih pulak..eda akan termenung di suatu tempat kemudian eda akan menangis sepuas-puasnya..ambik masa berjam-jam la jugak..haha

 Apakah memori paling indah anda ada bersama ibu/bapa/famili anda?
memori paling eda ialah ketika menyambut hari jadi setiap ahli keluarga mengikut bulan..akan sentiasa sambut setiap tahun..seolah-olah macam dah jadi tradisi keluarga eda..seronok sangat sebab keluarga dapat berkumpul ramai-ramai..tapi tak seramaiketika menyambut hari raya aidilfitri or hari raya qorban..

Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House

 http://tengkubutang.blogspot.com/2014/10/mini-giveaway-tengkubutang-bersama.html
klik banner

tamat pada 30/10/2014

maaf eda tak ada twitter

Segment | Aimifiqa Garden Bloglist

 http://aimifiqa.blogspot.com/2014/09/segmen-aimifiqa-garden-bloglist.html
klik banner

tamat bile?..tak ada tarikh tamat..tapi cume nak cari 30 orang sahaja penyertaan..
cepat-cepat tekan banner

eda pilih group





GIVEAWAY – SAYA NAK SIHAT

 http://thehealthinspector.wordpress.com/2014/09/22/saya-nak-sihat-giveaway/
klik banner

tamat pada (03/10/2014) esok

eda nak sihat kerana kesihatan itu amatlah penting bagi eda, yang paling penting adalah anggota badan kita, jika tubuh badan kita lemah akan memberi effect yang sangat besar pada kehidupan seharian kita..antaranya, kita akan rasa tidak bersemangat pergi ke tempat kerja dan akan rasa sakit-sakit badan untuk melakukan sesuatu kerja ianya berpunca daripada akibat kurang tidur..
itu je contoh paling dekat yang eda boleh bagi sebabnya eda selalu sangat mengalami masalah kurang tidur..nak kata eda ni ada anak..anak tekak je..haha..mungkin kerana tanggungjawab eda di tempat kerja mengakibatkan eda berkerja keras itu sebabnya eda ni sentiasa penat dan kusam..

taq:
siti zawiah




2nd Giveaway by Miminadam

 http://miminadam.blogspot.com/2014/09/2nd-giveaway-by-miminadam.html
klik banner

tamat pada 6/10/2014(isnin)

eda join giveaway ni sebab eda nak dapat kan name card bussines, eda dah ada tapi eda nak lain sebab eda nak cube design lain pulak untuk bisnes kek eda yang baru je eda mula niaga..kalau ada rezeki menang la...huhu..